SYAHIDA SHOPPE AKAN MENGELUARKAN GAMBAR-GAMBAR ITEM YANG TELAH SOLD OUT DAN AKAN MENGEMASKINIKAN DENGAN ITEM YANG BARU..

Tungku Tangisan Burung

TUNGKU TANGISAN BURUNG (100% herba asli)


Budaya tungku telah diamalkan oleh masyarakat Melayu sejak dari zaman dahulu. Amalan perubatan tradisional ini semakin dilupakan sedangkan kaedah ini lebih serasi dengan kita sejak turun temurun. Atas dasar rasa kesedaran diri ditampilkan dengan rekabentuk tungku lebih praktikal yang bersifat 'mobile' mudah alih seiring dengan peralihan zaman moden. Ianya senang dibawa kemana-mana jua untuk kemudahan pengguna dari pelbagai lapisan masyarakat baik kanak-kanak, orang dewasa sehinggalah kepada warga emas.

Sekiranya anda merancang untuk melancong ataupun menunaikan Haji atau Umrah di Mekah, Tungku Tangisan Burung ini juga boleh membantu jika dibawa bersama. Walaupun konsepnya telah dimodenkan namun ciri-ciri dan kandungan bahannya masih mengekalkan ramuan herba tradisional yang diwarisi turun temurun.


Fungsi tungku dan kebaikannya:-

    * Bertungku dapat mengatasi masalah perut buncit
    * Bertungku boleh merawat fungsi seksual lelaki
    * Bertungku boleh mencegah penyakit
    * Bertungku boleh membuang angin kotor dalam badan
    * Tungku herba membuang toksik dalam badan
    * Bertungku boleh merawat simpul biawak dan migrain
    * Ibu dalam pantang amat sesuai menggunakan tungku herba kerana ia dapat mempercepatkan darah nifas keluar dan kering


Cara Penyediaan :

    * Panaskan bekas seramik dengan mangkuk lilin selama 15 minit.
    * Letakkan tungku di atas kepingan pelapik seramik selama 15 - 20 minit.
    * Tuamkan di tempat yang bermasalah selama 10 - 15 minit.
    * Panaskan tungku semula dengan di ulangi 2 - 3 kali.
    * Sesuai digunakan di semua peringkat umur 10 tahun ke atas, lelaki dan wanita.


Masa Rawatan :

    * Waktu pagi, petang ataupun malam ketika perut kosong.

Pantang Larang :

    * Jauhi dari pengambilan makanan sejuk dan masam.

Bahan Kandungan Dalam Tungku :

    * Pasir kasar
    * Serai wangi
    * Halia
    * Jintan hitam
    * Garam Bukit
    * Herba-herba tradisional

Tungku Angin

Untuk merawat angin didalam badan
Cara guna: Tuam disekitar perut dan dada
Kebaikan: Untuk memecahkan angin yang berada di dalam badan dan perut, memecahkan lemak menghindarkan dari pada gastric, melancarkan pernafasan dan senang buang air besar dan kecil.
Harga: RM 79.00 (Semenanjung).RM 89.00 (Sabah/Sarawak) 



 
Tungku Migrain

Untuk sakit kepala dan tekanan
Cara guna: Tuam Disekitar keplaa leher hingga ke panggal bahu.
Kebaikan: Melancarkan perjalanan darah
Harga: RM 79.00 (Semenanjung). RM 89.00 (Sabah/Sarawak) 



Tungku Betis 

Untuk betis dan simpul biawak
Cara guna: Tuam di sekitar paha betis dan tapak kaki Kebaikan: Untuk melancarkan perjalanan darah melembutkan urat betis yang tegang akibat terlalu banyak duduk berlari ataupun berjalan.
Harga: RM 79.00 (Semenanjung). RM 89.00 (Sabah/Sarawak)



Tungku Pinggang 

Untuk melegakan sakit pinggang dan belakang
Cara guna: Tuam di sekitar pinggang punggung belakang dan pergelangan tangan
Kebaikan: Menghilangkan bengkak urat kesakitan yang dialami.
Harga: RM 79.90 (Semenanjung). RM 89.00 (Sabah/Sarawak) 




Tungku Ibu 

Untuk ibu lepas bersalin
Cara guna: Tuam disekitar perut dan ari ari Kebaikan: Untuk mengecutkan rahim.
Kebaikan: Untuk membuang darah kotor dan membuang angin dalam badan mengelakan dari gila meroyan.
Harga: RM 79.00 (Semenanjung). RM 89.00 (Sabah/Sarawak)










  


Tungku Bayi/Kanak-kanak

Untuk bayi dan kanak-kanak
Harga: RM 69.00 (Semenanjung). RM 79.00 (Sabah/Sarawak)


~HARGA ADALAH TERMASUK KOS PENGHANTARAN MELALUI SKYNET COURIER~